
Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang.
Terlebih dahulu saya bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta`ala kerana dengan
limpah dan kurnia-NYA, saya berpeluang menurunkan sepatah dua kata-kata aluan kepada semua pengunjung laman web ini. Saya turut berterima kasih kepada mereka yang terlibat dalam pembangunan laman web ini.
Perpustakaan, seperti yang telah kita sedia maklum, merupakan gedung ilmu yang penting
kerana ia menyediakan pelbagai sumber rujukan dalam pelbagai bidang bagi menyokong
aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Pihak Perpustakaan Kolej Multimedia (Utara) sentiasa memberi tumpuan kepada usaha membangunkan koleksi bahan-bahan rujukannya dan juga memperbaiki mutu perkhidmatan bagi memastikan semua pihak mendapat manfaat daripada perpustakaan.
Kita mempunyai koleksi hampir 10,000 koleksi seperti buku, majalah dan laporan para pelajar
semasa latihan industri. Perpustakaan turut menyediakan koleksi soalan-soalan tahun lepas bagi rujukan
para pelajar terutamanya bagi persediaan menghadapi peperiksaan.
Jumlah koleksi ini mencukupi dengan jumlah para pelajar yang ada iaitu 353 pelajar.
Saya berharap agar pengguna Perpustakaan Kolej Multimedia (Utara) akan berpuas hati
dengan perkhidmatan yang telah disediakan. Saya juga sentiasa berusaha dengan lebih gigih dan tekun
untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik. Semua pihak perlu bersedia untuk menempuh setiap
cabaran yang mendatang selari dengan misi untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti
serta menyediakan bahan-bahan rujukan yang terkini dan lengkap bagi menyokong perkembangan kolej ini.
Sekian. Terima Kasih.
Nurhidayah Bt Hj Mat Zaini
Pustakawan
Kolej Multimedia (Utara)
No comments:
Post a Comment